Berita

Ismail agih Kit Makanan kepada 253 keluarga mangsa banjir Labu

LABU: Sebanyak 253 keluarga terjejas banjir menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Ismail berkata, sumbangan Kerajaan Negeri melalui Tabung Amanah Bencana Negeri Sembilan ini diagihkan kepada 253 ketua keluarga terjejas banjir di DUN Labu.

Beliau menekankan kepentingan ketelusan di dalam agihan sebarang sumbangan daripada pihak kerajaan kepada rakyat. Hal ini kerana kerajaan merupakan pembela utama rakyat dalam keadaan rakyat mengalami kesukaran.

“Umpamanya bantuan RM1,000 yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada setiap mangsa banjir yang terlibat telah diagihkan sebaiknya.

“Manakala bantuan RM1,000 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan diagihkan menerusi JKKP lantikan Kerajaan Persekutuan perlu juga diagihkan secara telus.

“Tidak wajar wujud pertikaian bahawa Kerajaan Negeri telah bagi maka tidak perlu perolehi bantuan Kerajaan Persekutuan pula.

“Bantuan tersebut adalah hak kepada rakyat yang mana ketika bencana datang, ia tidak mengira warna bangsa, agama dan ideologi politik. Mengapa pula perlu pilih-pilih dalam mengagihkan hak rakyat? kata Ismail.

Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Negeri Sembilan yang cemerlang menjadi agensi kerajaan yang terus berusaha membela kebajikan rakyat.

“Tidak dilupakan kepada semua barisan sukarelawan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terkehadapan membantu masyarakat sepanjang masa.

“253 Kit Makanan ini diagihkan dengan kerjasama JKM Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seremban,” ujar Ismail.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button