Berita

Penjawat awam diseru fahami kehendak rakyat

SEREMBAN: Penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Sembilan diseru memahami kehendak rakyat,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Menyampaikan amanat kepada semua penjawat yang berkhidmat di Negeri Sembilan dalam Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang berlangsung pada pagi tadi.

“Bagi tahun 2022 yang penuh cabaran ini, saya menyeru agar penjawat awam berpegang kepada 3 strategi iaitu memperkukuhkan ekonomi rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi, memahami kehendak rakyat serta sistem penyampaian perkhidmatan awam yang proaktif dan responsif.

“Di kala waktu sebegini, keprihatinan semua pihak amat dituntut dan perku ditingkatkan.

Perkhidmatan awam yang cemerlang harus diberikan kepada rakyat,” kata beliau.

Menurut Aminuddin lagi, perkhidmatan yang baik mampu melonjakkan semangat masyarakat untuk meneruskan kelangsungan kehidupan dan seterusnya merancakkan ekonomi negeri.

“Insyah Allah, sama-samalah kita melangkah ke tahun baru dengan azam menjadikan tahun ini lebih baik dari sebelumnya,” ujarnya.

Aminuddin berkata demikian dalam Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2022, di Wisma Negeri pada Selasa.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Zulkefly Mohamad Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malek.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button