Berita

Polis Negeri Sembilan terima sumbangan RM100,000 dari Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri dalam menghargai usaha pihak polis yang sentiasa membantu rakyat.

“Sumbangan tersebut bakal diagihkan kepada kelab-kelab kebajikan di bawah naungan IPK Negeri Sembilan.

“Mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh semua anggota polis.

“Semoga kalian tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Warga PDRM Negeri Sembilan di IPK Negeri Sembilan di sini, petang Selasa.

Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr.Razali Ab Malik; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Khidir Majid.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button