Berita

Tapak rumah baharu percuma untuk mangsa banjir: Aminuddin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti tapak rumah baharu di Kampung Puom, Jelebu, bagi tujuh keluarga yang rumah mereka musnah akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tapak baharu tersebut berada di kawasan yang lebih tinggi dari lokasi sebelumnya bagi mengelakkan mangsa mengalami kejadian berulang.

“Kerajaan Negeri menyediakan tapak manakala Kerajaan Persekutuan menguruskan proses pembinaan rumah yang berharga RM56,000.

“Keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat bersama YAB Perdana Menteri semalam.

“Kerajaan Negeri juga sedang menilai lokasi tempat tinggal mangsa, sementara rumah baharu mereka disiapkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, antara lokasi yang sedang dipertimbangkan adalah chalet milik Majlis Daerah Jelebu atau Kuarters Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang terletak di kampung tersebut.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button