Berita

Ismail, Bakri, Ean, MK Ibrahim dan Yek kini bergelar Dato’

SEREMBAN: Seramai lima pemimpin Pakatan Harapan dan Kerajaan Negeri Sembilan kini bergelar Dato’ selepas dianugerahkan Darjah Kebesaran dari DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sempena Hari Keputeraan Ke-73 pada hari ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad (KeADILan) dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir (Amanah) dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato’.

Bekas ADUN Lukut, Saudara Ean Yong Tin Sin (DAP); Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Saudara MK Ibrahim Abd Rahman dan ADUN Chuah, YB Yek Diew Ching (KeADILan) dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang masing-masing membawa gelaran Dato’.

Secara keseluruhan, Tuanku Muhriz telah berkenan menganugerahkan kepada 272 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button