Berita

Ismail lawat rumah tradisional Kuala Pilah

KUALA PILAH: Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad telah turun padang bagi melawat rumah-rumah tradisional yang terdapat di sekitar Kuala Pilah.

Ismail berkata, terdapat beberapa buah rumah tradisional yang berpotensi dibangunkan untuk pulangan limpahan ekonomi kepada masyarakat luar bandar.

“Antara kawasan yang dilawat adalah Rumah Warisan Uwan Robah (RuWUR) di Kampung Tanjung Limau Purut dan Rumah Godang, di Kampung Ulu Pilah.

“Terdapat pelbagai tarikan sejarah, alam dan adat yang dapat menggambarkan adat perpatih di negeri ini.

“Saya juga bersedia untuk membantu mereka bagi memastikan usaha ini dapat direalisasikan.

“Semoga usaha ini dapat dibangunkan berhasil menarik pelancong, tanah-tanah dapat dipertahankan, ekosistem alami dipelihara.

“Dalam masa sama, penduduk kampung dapat menjana ekonomi, menjual kekayaan adat budaya mereka yang satu-satunya di Malaysia dan dunia,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button