Berita

Ismail: Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan dapat majoriti dua pertiga

JEMPOL: Naib Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad yakin Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mendapat mendapat majoriti dua pertiga (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Bercakap dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol, Ismail berkata, mengambil kira beberapa analisa dan ‘mood’ di lapangan (ground), beliau yakin Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan memenangi kerusi DUN yang mencukupi untuk membentuk semula Kerajaan Negeri.

“Malah saya yakin, kali ini kita akan menang lima hingga enam kerusi (tambahan) DUN lagi dan mendapat majoriti dua pertiga.

“Saya optimis dengan kenyataan ini kerana sudah ada peningkatan sokongan pengundi di Felda kepada Pakatan Harapan.

“Banyak isu Felda yang menyebabkan peneroka kini sudah beralih sokongan kepada kita,” kata Ismail.

MATC jempol berlangsung di Dewan Pejabat Penyelaras DUN Palong, Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6, petang kelmarin.

Turut hadir Ketua Cabang, Saudara Rebin Birham; Timbalan Ketua Cabang, Saudara Ramli Hassan; Naib Ketua Cabang 1, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Naib Ketua Cabang 2, Saudara Azmi Mohd Darus; Ketua Penerangan Cabang, Saudara Musliadi Sabtu; Setiausaha Cabang, Mohd Akhir Rantau dan Ketua Wanita Cabang, Puan Kamaliah Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button