Menarik

Ismail santuni penduduk kurang berkemampuan Kampung Tanjung

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menyantuni penduduk Kampung Tanjung yang kurang berkemampuan.

Ismail berkata, beliau telah memberi sumbangan pek makanan dan barangan keperluan asas.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima serta ahli keluarganya.

“Saya juga telah menegaskan agar pihak MPKK mengambil tindakan bagi membawa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk memberi bantuan kepada mereka yang layak,” kata Ismail.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Tanjung, Encik Ahmad Khairi Jidin; Setiausaha MPKK Kampung Tanjung, Encik Muhd Nazrin Kamaruddin dan Setiausaha MPKK Jalan Sepang, Encik Razali Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button