Berita

Isu paip pecah akan diselesaikan segera: GUNASEKAREN

SEREMBAN JAYA: Isu paip pecah yang menyebabkan kekerapan tiada air di Taman Seremban Garden akan diselesaikan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, paip tersebut pecah kerana telah uzur dan perlu dinaiktaraf.

“Saya telah maklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini segera demi keselesaan mereka.

“”Dalam pada itu, saya turut mencadangkan mengehadkan kemasukan kenderaan berat yang menggunakan Jalan Bandar Seremban Selatan sebagai jalan pintas ke Sungai Gadut, Tampin dan taman berhampiran.

“Hal ini disebabkan mampu mengundang bahaya kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button