Berita
Isu parit tersumbat di Kampung Sungai Talan selesai
JUASSEH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, isu perparitan (longkang) yang tersumbat di Batu 8, Kampung Sungai Talan telah diselesaikan.
“Sebelum ini parit ini tersumbat disebabkan semak samun dan tumbuhan liar.
“Saya telah mengambil tindakan dengan membuat aduan kepada Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah.
“Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan parit telah dijalankan dan terima kasih kepada JKR di atas tindakan segera,” kata Bibi Sharliza.