Berita

Masjid Taman Politeknik PD siap dibina

PORT DICKSON: Masjid baharu di Taman Politeknik Port Dickson telah siap dibina sepenuhnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut telah siap dibina sepenuhnya pada 31 Oktober yang lalu.

“Masjid ini juga mampu memuatkan jemaah seramai 2,100 pada satu-satu masa.

“Kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM4.6 juta.

“Menariknya, masjid ini dibina sepenuhnya menerusi wakaf orang ramai kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Semoga dengan adanya masjid ini dapat membantu penduduk setempat untuk menunaikan ibadah wajib dan solat Jumaat di sini dengan lebih mudah,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button