BeritaMenarik

Senarai pimpinan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang baharu

SEREMBAN: Kepimpinan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat yang pertama pasca Pilihan Raya Negeri (PRN-15) Negeri Sembilan di Klana Resort.

Ketua Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan (WPHNS), YB Puan Nicole Tan Lee Koon berkata, ahli jawatankuasa (AJK) mesyuarat telah membuat penstrukturan semula selepas pemilihan parti masing-masing.

“Mesyuarat telah memutuskan mengadakan retreat pada 23 hingga 25 Februari 2024 untuk merangka takwim aktiviti tahun 2024 dan 2025 dan mengeratkan sillahturrahim antara satu sama lain.

“WPHNS juga akan menubuhkan satu koperasi untuk membantu menjana pendapatan,” kata Nicole Tan.

Sementara itu, setiap Ahli Exco Kerajaan Negeri termasuk YB Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, YB Puan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan YB Puan Nicole Tan diberi ruang untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai Exco selama tiga bulan.

“Banyak cadangan bernas dibincangkan dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” ujar Nicole lagi.

Senarai Ahli Jawatankuasa Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan:

Ketua Wanita: YB Puan Nicole Tan Lee Koon

Timbalan Ketua Wanita
1) Puan Norwani Ahmat
2) YB Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
3) Puan Mary Josephine Pritam Singh

Setiausaha: Puan Navamalar Balakrishnan

Bendahari: Puan Siti Aishah Seman @ Othman

Ketua Penerangan: Puan Sharizah Shariff

AJK DAP
1) Puan Jamilah Said Ali
2) Puan Joan Yong Mui Teng

AJK KeADILan
1. YB Puan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
2. Puan Haslinda Mohamad Baharuddin
3. Puan Rosmawaty Muhamad Ros

AJK AMANAH
1. Puan Minah Ahmad
2. Puan Nadzirah Redzuan
3. Puan Noraeini Mohamed

Setiausaha Kerja
Puan Norshela Zakariah

Show More

Related Articles

Back to top button