Berita

Jalan berlubang di Jalan Rasah akan dibaiki segera

RAHANG: Permukaan jalan yang mendap dan berlubang di kawasan tempat letak kereta Jalan Rasah berhadapan dengan sebuah bank akan dibaiki segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh berkata, beliau bersama pegawai Majlis Bandaraya Seremban telah turun padang melawat lokasi kerosakan struktur tersebut.

“Kami telah melawat lokasi tersebut untuk mengenalpasti punca masalah.

“Lubang ini sedalam hampir 3 kaki dan amat membahayakan pengguna jalan raya.

“Kerosakan jalan ini perlu dibaiki segera agar tidak membahayakan pengguna jalan raya,” kata Mary Josephine.

Turut hadir, Pegawai Khas Mary, Encik Lawrance Fah.

Show More

Related Articles

Back to top button