Berita

Masalah perparitan akan dibaiki segera: RAFIE

Masalah sistem perparitan di Kampung Jiboi yang menyebabkan air bertakung apabila hari hujan akan diatasi dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, masalah tersebut berlaku akibat daripada pembinaan sistem perparitan yang baru menghalang laluan air di situ.

“Oleh itu, saya bersama Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban, Encik Sabaruddin Sulaiman telah turun padang bagi melihat jalan penyelesaian kepada masalah ini.

“Tindakan segera juga akan diambil dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah ini daripada berulang,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button