Berita
Jalan lama Seremban ke Mantin kini terang
NILAI: Jalan lama daripada Seremban menuju Mantin kini sudah dipasang lampu.
Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, jalan tersebut yang telah lama tiada lampu mampu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
“Oleh itu, Jabatan Kerja Raya telah memasang lampu jalan supaya boleh digunakan dengan selamat.
“Walau bagaimanapun, masih terdapat dua kilometer lagi belum dipasang lampu jalan.
“Disebabkan itu, saya telah mohon kepada JKR bagi mendapatkan peruntukan memasang lampu jalan secara keseluruhan di jalan Seremban ke Mantin,” kata Arul Kumar.