Berita

Kemenangan di Negeri Sembilan 2018 satu pengalaman manis

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP merangkap Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan pada 2018 merupakan suatu pengalaman yang amat manis.

Loke berkata, perjuangan selama ini sebagai pembangkang di Negeri Sembilan akhirnya berjaya membentuk Kerajaan Negeri.

“Perkara paling membanggakan saya lagi adalah apabila tiada seorang pun daripada negeri ini yang melompat ketika berlaku perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Justeru itu, sesuai dikatakan bahawa Negeri Sembilan mempunyai rekod yang cemerlang kerana di sini merupakan satu-satunya negeri yang tidak ada katak politik.

“Oleh itu, mari kita bersama-sama mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bersama dengan Barisan Nasional (BN),” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button