Berita

Jalan Tanjung Ipoh – Ranjau Hantu akan dinaiktaraf

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menaiktaraf Jalan Tanjung Ipoh ke Ranjau Hantu bagi mengurangkan kesesakan Jalan Seremban – Kuala Pilah terutamanya ketika hujung minggu atau cuti perayaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, oleh itu atas keprihatinan Kerajaan Negeri, Jalan Tanjung Ipoh ke Ranjau Hantu yang menghubungkan kampung-kampung tradisi seperti Kampung Ampang Tinggi, Kampung Pulau Jelebu dan Kampung Kuala Serdang ke Pekan Kuala Pilah dan Tanjung Ipoh akan dinaiktaraf.

“Projek ini akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2023 bagi mewujudkan jalan alternatif bagi mereka yang ingin ke Seremban dan Kuala Pilah dengan anggaran kos projek sebanyak RM12.5 juta,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada 25 November lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button