Berita

Janji Cha kepada SK Wawasan Seremban 2 ditunaikan

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menunaikan janji beliau kepada Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2.

Cha berkata, peruntukan sebanyak RM40,000 yang diberikan telah berjaya memberikan keselesaan kepada para guru di sekolah tersebut.

“Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2, Encik Shahrom telah membawa saya melawat sekolah tersebut bagi melihat sendiri keadaan di bilik guru tersebut.

“Ternyata keadaannya jauh berbeza ketika saya pertama kali sampai di sekolah tersebut.

“Semua kipas yang meja yang dibawa oleh guru-guru sejak lebih 10 tahun telah dibawa pulang.

“Saya harap dengan persekitaran yang selesa ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2,” kata Cha.

 

Show More

Related Articles

Back to top button