Berita

Jelebu Kayak Eco Challenge tarik minat peserta luar negeri

JELEBU: Program Jelebu Kayak Eco Challenge dan Pesta Mengemping berjaya menarik minat peserta daripada serata negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, terdapat peserta daripada Johor, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Program ini merupakan satu usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Jelebu sebagai destinasi eko-pelancongan.

“Pelbagai acara diadakan seperti Polo Air, Kayak Marathon, Bola Sepak Sawah dan bermacam lagi.

“Program ini juga dapat mengeratkan perpaduan antara komuniti dan penduduk yang berbilang kaum,” kata Bakri.

Bakri berkata demikian di Perasmian Jelebu Kayak Eco Challenge dan Pesta Mengemping 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button