Berita

Jualan Harga Ladang DUN Serting terima sambutan

SERTING: Jualan Harga Ladang DUN Serting yang bertempat di tapak pasar malam Kampung Ladang Geddes menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli berkata, bagi program kali ini kuantiti bahan mentah dan barangan dapur telah ditambah berbanding jualan sebelum ini.

“Walaupun begitu, barang jualan tersebut telah habis dijual daripada masa yang dijadualkan kerana sambutan yang luar biasa.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang mengambil inisiatif seperti ini bagi membantu rakyat di negeri ini.

“Semoga program ini dapat membantu meringankan perbelanjaan isi rumah mereka,” kata Abd Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button