Berita

Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin dapat sambutan

SIKAMAT: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Sikamat mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 500 pengunjung hadir di program jualan murah ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program ini diadakan bagi membantu masyarakat Negeri Sembilan yang terhimpit kerana kenaikan harga barangan di pasaran.

“Barangan yang dijual dalam program ini semuanya di bawah harga pasaran.

“Hal ini supaya, dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.

“Penduduk setempat juga memberikan sambutan yang amat menggalakkan.

“Barangan seperti telur dan minyak masak habis terjual dalam masa tidak sampai satu jam.

“Insya Allah, kita akan teruskan program seperti ini lagi pada masa akan datang,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Aminuddin turut menambah bahawa Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat juga turut menambah stok ayam segar.

“Sebanyak 500 ekor ayam segar ditambah kerana permintaan yang tinggi daripada pengunjung,” ujar Aminuddin.

Program jualan murah ini diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button