SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin akan diadakan di lapan lokasi pada esok dan lusa.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin menawarkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur-sayuran dan minyak masak yang dijual dengan potongan harga di antara 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Berikut adalah maklumat lokasi jualan tersebut:
6 Oktober 2023
DUN Chennah – Perkarangan Dewan Orang Ramai, Titi.
DUN Palong – Dataran Niaga Felda Palong 8.
DUN Juasseh – Berhadapan Lot Kedai, Taman Putra.
DUN Sri Tanjung – Parking Lot Berhadapan KR Mani Curry House, Kampung Paya.
DUN Chembong – Bersebelahan Dewan Seri Rembau.
DUN Lobak – Berhadapan Pusat Khidmat DUN Lobak.
DUN Rahang – Berhadapan Pusat Khidmat DUN Rahang, Kampung Baru Rasah.
7 Oktober 2023
DUN Gemas – Kompleks Komoditi Jelai 2.