Berita

Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Seremban Jaya dapat sambutan

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban JAYA telah menganjurkan program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Taman Sri Mawar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, antara barangan yang dijual adalah seperti ayam dengan harga RM15 seekor, ikan segar, telur ayam dan pelbagai sayur-sayuran.

“Barangan telah habis dijual dalam masa kurang tiga jam, di mana barangan yang dijual 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga asal.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas inisiatif jualan murah ini.

“Program ini mendapat sambutan dari penduduk setempat,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button