Berita

Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin jual barang keperluan murah 30 peratus

SIKAMAT: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin dilaksanakan bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sedar bahawa inflasi yang semakin meningkat memberi kesan secara langsung kepada rakyat terutamanya dari segi kenaikan harga barang.

“Program ini diadakan di lapan DUN setiap hari Sabtu bermula pada 17 September yang lalu sehingga penghujung bulan Disember 2022.

“Lokasi program akan berubah-ubah untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan di kesemua 36 DUN di negeri ini.

“Program ini telah dijayakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan merangkumi aspek logistik, pembekalan serta penjualan yang seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah,” kata beliau.

Lebih 500 orang hadir 

Aminuddin berkata demikian di program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Dewan Orang Ramai Sikamat yang dikunjungi lebih 500 penduduk setempat.

“Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh masyarakat amat menggalakkan.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat turut mengambil inisiatif menjual keperluan lain seperti sayur-sayuran serta barangan basah dengan harga jauh lebih murah dari pasaran bagi menampung permintaan tinggi pada pagi ini.

“Besarlah harapan saya agar program seperti ini dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat Negeri Sembilan, Insya Allah,” ujar Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button