Berita

Jualan Harga Ladang Nismilan tawar harga bahan mentah murah

SEREMBAN: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir merasmikan Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Seremban Centre Point.

Bakri berkata, program ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran dengan harga ladang kerana harga barangan keperluan asas melambung ketika ini.

“Sebanyak 40 gerai jualan disediakan untuk usahawan tempatan.

“Semoga program ini dapat meringankan beban rakyat Negeri Sembilan yang terkesan dengan peningkatan harga barang dan bencana banjir yang melanda negara ketika ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button