Berita
Jualan Ladang Nismilan Prihatin dapat sambutan di Lenggeng
LENGGENG: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang diadakan di Dataran Pekan Lenggeng mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Mohd Asna Amin berkata program berjalan dengan lancar.
“Seawal pagi sudah ramai yang hadir.
“Semoga program ini dapat membantu masyarakat DUN Lenggeng mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang sangat Rahmah dan berbaloi.
“Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran,” kata Mohd Asna.