Berita

Kerajaan Negeri tidak lupa jasa veteran ATM

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak melupakan jasa yang telah dicurahkan oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tanpa perjuangan mereka tidak mungkin kita dapat berdiri di sini hari ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana tanggungjawab dan jasa yang mereka berikan amat bermakna buat negara.

“Oleh itu, saya sentiasa memastikan program yang dijalankan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) diraikan bersama dengan pimpinan Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Persidangan Perwakilan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sembilan di Royale Chulan.

Dalam pada itu, Aminuddin juga turut diberikan penghormatan menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada veteran yang layak.

“Pingat ini merupakan Penghargaan Kedua Tertinggi dalam PVATM.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penerima.

“Penganugerahan ini sebagai tanda ingatan PVATM ke atas jasa perjuangan saudara-saudara sekalian,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button