Berita

Jualan Ladang Nismilan Prihatin DUN Lenggeng bantu golongan B40

LENGGENG: Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin DUN Lenggeng di Taman Ampangan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim berkata, jualan murah pada tahun ini diadakan pada hari Jumaat dan bukannya Sabtu seperti tahun lepas.

“Tahun ini program diadakan pada hari Jumaat bagi mengalakkan lagi golongan B40 dan yang tidak berkemampuan untuk keluar lebih ramai membeli di Program Jualan Nismilan Prihatin.

“Semua jualan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran dan minyak masak habis dijual dalam tempoh dua jam.

“Selepas ini Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin DUN Lenggeng akan diadakan di Pantai, seterusnya di Lenggeng.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah melaksanakan program ini untuk seluruh rakyat Negeri Sembilan,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button