Berita

Jualan Nismilan Prihatin diteruskan pada tahun 2023

BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan akan meneruskan Inisiatif Nismilan Prihatin pada tahun 2023 iaitu jualan harga ladang barang-barang asas makanan seperti ayam, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan daging.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembeli terutamanya di kalangan golongan B40.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk meneruskan lagi inisiatif ini pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Dengan ini, masyarakat berpeluang membeli barangan harian denganpotongan harga di antara 20 peratus hingga 30 peratus.

“Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang sudi memasarkan produk mereka pada harga ladang.

“Saya amat terharu dengan kesudian kakitangan kerajaan dan sukarelawan yang sanggup berkorban tenaga menyembelih ayam, memproses, membungkus dan menjual barangan setiap minggu di tujuh lokasi di seluruh Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button