Menarik

Kampung Felda Sungai Kelamah menang Anugerah Kampung Terbaik Daerah Kecil Gemas

GEMAS: Kampung Felda Sungai Kelamah berjaya memenangi Anugerah Kampung Terbaik Daerah Kecil Gemas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin berkata, Kampung Felda Sungai Kelamah membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

“Tempat kedua dimenangi oleh Kampung Bukit Masjid yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Kampung Air Kuning Selatan memenangi tempat ketiga dengan wang tunai berjumlah RM2,000.

“Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada pihak MPKK yang menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri kepada rakyat tempatan.

“Besarlah harapan saya agar pengiktirafan ini dapat menjadi pembakar semangat buat semua para pemimpin komuniti untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri Sembilan, Insya-Allah,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menyerahkan hak milik kediaman kekal kepada lapan orang penerima dari daerah Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button