Berita

Kampung Pulau menang Anugerah Kampung Terbaik Daerah Seremban

SEREMBAN: Kampung Pulau dari Labu memenangi Anugerah Kampung Terbaik Daerah Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, anugerah ini adalah usaha Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf usaha yang dilaksanakan pimpinan komuniti setempat untuk memelihara serta menguruskan komuniti masing-masing dengan baik.

“Dalam majlis sama, saya turut mengingatkan para hadirin tentang pentingnya peranan pemimpin komuniti dalam menyampaikan perkhidmatan dan maklumat berkenaan Kerajaan Negeri.

“Mereka adalah barisan hadapan yang seharusnya bersedia memberi bantuan awalan buat masyarakat setempat,” katanya.

Anugerah Kampung Terbaik Daerah Seremban:

i. Kampung Pulau, Labu (Johan)

ii. Kampung Sentosa Jaya, Paroi (Naib Johan)

iii. Kampung Batu 3, Mambau (Tempat Ketiga)

Show More

Related Articles

Back to top button