Berita

Kapal persiaran Genting Dreams mampu tingkatkan ekonomi Port Dickson

PORT DICKSON: Kemasukan kapal persiaran Genting Dreams mampu memberi impak ekonomi kepada kepada penduduk dan peniaga di Port Dickson.

Pengarah NS Corp, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, Resort World telah menyatakan kesudian untuk melabuhkan kapal persiaran tersebut di Port Dickson bermula 11 Julai ini.

Mohamad Rafie berkata, kapal tersebut membawa seramai 5,000 penumpang iaitu 3,000 orang pelancong dan 2,000 orang anak kapal.

“Kami menjangkakan setiap kali kapal ini berlabuh di sini, pelancong akan berbelanja sehingga RM750,000 dan dianggarkan sebanyak RM6 juta sebulan.

“Ini merupakan langkah untuk menjadikan Port Dickson sebagai pengkalan kapal persiaran iaitu ‘Home Port for Cruise Liner’,” Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie menambah bahawa kapal persiaran tersebut akan berhenti dua kali seminggu.

“Genting Dreams akan berlabuh pada setiap hari Isnin dan Khamis di Port Dickson dari jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Semoga usaha ini dapat membesar dan mengembangkan ekonomi Port Dickson khususnya dan Negeri Sembilan secara am,” ujar Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button