Berita

Karnival Anak Muda Palong dapat sambutan hangat

PALONG: Karnival Anak Muda Palong 9, 10, 11 dan 18 mendapat sambutan hangat daripada belia setempat.

Karnival anjuran Pejabat Penyelaras DUN Palong dan Gopal Car Wash ini berlangsung di Tapak Stesen Minyak Lama Palong 11.

Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, pelbagai aktiviti diadakan seperti perlawanan sepak takraw, pertandingan dam haji, pertandingan karaoke, cuci motosikal percuma, motosikal tercantik dan cabutan bertuah.

“Kami juga buka Kaunter Aduan Pejabat Penyelaras DUN Palong, Kaunter Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan dan Kaunter Peluang Pekerjaan.

“Semua aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat khususnya anak muda.

“Objektif program ini ialah bagi mendekatkan lagi pemimpin setempat dengan anak muda.

“Anak muda yang ada pada hari ini perlu digilap sebagai pemimpin akan datang,” kata Rebin.

Turut hadir mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Dato’ Kamaruddin Mohd Din dan Naib Ketua Cabang 1 KeADILan Jempol, Faiz Gobi Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button