Berita

192 peserta Negeri Sembilan ambil bahagian Karnival Sukan SUK Se-Malaysia

SEREMBAN: Seramai 192 peserta telah mengambil bahagian bagi mewakili Negeri Sembilan dalam Karnival Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) Kali ke-8 di Selangor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, 192 peserta tersebut bakal mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan iaitu badminton, bola sepak, bola jaring, ping pong, tenpin boling, dart, e-suka, golf, bola tampar dan sepak takraw.

“Karnival tersebut bakal berlangsung pada 25 Oktober ini hingga 30 Oktober.

“Selamat berjaya kepada semua pemain.

“Besarlah harapan saya agar semua pemain dapat memaparkan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara yang disertai,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Perasmian Flag-Off Kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) di Kediaman Rasmi beliau.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button