Karnival Tahun Baru Tamil dapat sambutan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan Karnival Perarakan Tahun Baru Tamil 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.
Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB Chew Seh Yong berkata, karnival ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam Negeri Sembilan.
“Karnival dijayakan dengan penyertaan lebih 40 NGO Kaum India dari Negeri Sembilan,” ujarnya.
Turut hadir, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Pengerusi Hindu Sangam Negeri Sembilan, Encik Siva Sri Gobi Sivajjarial.