Berita
Kawasan hotspot kemalangan akan dinaik taraf
LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah turun padang bagi melihat kawasan hotspot kemalangan di DUN Labu.
Ismail berkata, kemalangan yang berlaku disebabkan oleh keadaan jalan yang rosak dan berlubang.
“Untuk makluman, kebanyakkan jalan utama di DUN Labu dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Pusat.
“Walaupun begitu, saya akan membuat permohonan untuk baikpulih atau naik taraf demi keselesaan penduduk Labu.
“Saya juga berharap agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya pada waktu malam,” kata Ismail.