Berita

Keadilan Jempol ‘Solid’ menyokong Aminuddin

JEMPOL: KeADILan Cabang Jempol menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, agar terus memimpin Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sehingga habis penggal lima tahun.

Naib Ketua 1 Cabang KeADILan Jempol, Saudara Faiz Gobi Abdullah membawa usul tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol yang berlangsung di Dewan Pejabat Penyelaras DUN Palong, Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6, petang kelmarin.

“Usul ini disokong sebulat suara oleh 104 orang ahli yang hadir mesyuarat.

“Ini bukti KeADILan Jempol ‘solid’ (utuh) di belakang Dato’ Seri Aminuddin dalam mentadbir Kerajaan Negeri dan menguruskan Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan,” kata Faiz Gobi.

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol dirasmikan oleh Naib Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar.

Turut hadir Ketua Cabang, Saudara Rebin Birham; Timbalan Ketua Cabang, Saudara Ramli Hassan; Naib Ketua Cabang 1, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Naib Ketua Cabang 2, Saudara Azmi Mohd Darus; Ketua Penerangan Cabang, Saudara Musliadi Sabtu; Setiausaha Cabang, Mohd Akhir Rantau dan Ketua Wanita Cabang, Puan Kamaliah Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button