Berita

Kehadiran pelancong ke Kuala Pilah meningkat

KUALA PILAH: Sejak mengambil alih pentadbiran pada 9 Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan di Kuala Pilah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan Dataran Melang, pembaikan semula Perkampungan Budaya Terachi serta penambahbaikan fasiliti pelancongan berjaya menarik minat para pelancong untuk datang ke sini..

“Limpahan pelancong daripada luar kawasan ini juga membuka peluang kepada penduduk tempatan menambah pendapatan dan seterusnya meningkatkan ekonomi setempat.

“Besarlah harapan saya agar Kuala Pilah terus membangun sebagai salah satu lokasi pelancongan domestik utama dalam negara, Insya-Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Kuala Pilah.

Show More

Related Articles

Back to top button