Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
BeritaProgram

Penantian 19 tahun peneroka Felda Raja Alias 2 berakhir

SEREMBAN: Penantian 26 orang peneroka Felda Raja Alias 2 berakhir apabila menerima geran hakmilik (tanah gantian) daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, tanah milik 26 peneroka ini telah diambil untuk pembangunan Felda Jaya Selatan (projek perumahan dan rumah kedai) dan pencawang elektrik TNB pada tahun 2003.

“Peneroka memperjuangkan nasib mereka sejak 19 tahun lalu. Saya sedih ada peneroka diugut dan tidak mendapat layanan sewajarnya daripada pihak yang berwajib.

“Pada tahun 2008, apabila saya menjadi ADUN Sikamat, saya membawa isu ini di Persidangan Dewan Undangan Negeri. Namun, pentadbiran sebelum ini gagal menyelesaikan isu ini.

“Apabila saya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2018, saya mengambil inisiatif ini untuk mengembalikan semula peneroka,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata, peneroka mengalami kerugian hasil ladang selama 19 tahun setelah tanah mereka diambil untuk pembangunan.

“Maka sebagai tanda prihatin dan pampasan, peneroka menerima tanah ganti ini dengan keluasan yang sedikit lebih dari keluasan tanah asal.

“Peneroka yang asalnya memiliki 10 ekar, kini menerima tanah seluas 11.5 ekar.

“Peneroka dengan tanah seluas tujuh ekar, menerima tanah seluas lapan ekar.

“Manakala peneroka yang diambil tanahnya seluas tiga ekar, kini menerima pampasan tiga suku ekar,” jelas Aminuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button