Berita

Tuanku Muhriz terima kunjungan menghadap Jabatan Warisan Negara

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir perkenan menerima kunjungan mengadap Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) di Istana Hinggap, Seremban.

JWN diwakili oleh Pengarah Bahagian Arkeologi, Zaharudin Abu dan Pengarah Zon Selatan, Suhaimi Basiron.

Manakala LMNS diwakili Kurator Bahagian Antikuiti, Rosrita Mohamad Nordin.

Kunjungan mengadap Tuanku Muhriz adalah untuk membentangkan laporan kerja-kerja pengesanan objek dan artifak di tapak projek landskap Muzium Diraja Istana Seri Menanti yang telah dilaksanakan pada 4 Februari 2025 dan beberapa isu berkaitan permuziuman di Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz telah berkenan untuk dibentangkan laporan kerja-kerja pengesanan dan dipersembahkan hasil jumpaan sebanyak 31 objek dan artifak yang terdiri daripada matawang syiling dan objek logam.

Baginda juga dimaklumkan bahawa JWN akan melaksanakan kerja-kerja konservasi dan inventori ke atas jumpaan objek dan artifak tersebut sebelum diserahkan kepada Lembaga Muzium Negeri Sembilan untuk simpanan dan penjagaan.

JWN menjunjung kasih di atas kesediaan Tuanku Muhriz menerima wakil JWN untuk mengadap.

Tuanku Muhriz juga telah dipersembahkan buku Kajian Pemetaan Bandar Diraja di Malaysia sebagai hadiah.

Show More

Related Articles

Back to top button