Berita

Kejohanan Global Culinary Challenge Malaysia mampu promosi industri katering dan pelancongan

SEREMBAN: Kejohanan Masakan Global Culinary Malaysia (GCCM) mampu mempromosi industri katering dan industri pelancongan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, acara seperti ini akan menghimpunkan cef-cef dari pelbagai kaum dan kemahiran memasak yang bertaraf dunia.

“Secara tidak langsung, kejohanan ini akan mendorong dan menarik minat industri katering kecil dan pelancong.

“Besar harapan saya agar dapat diadakan di setiap daerah di negeri ini dan menarik minat lebih ramai cef bertaraf antarabangsa untuk datang ke Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Perasmian Kejohanan Masakan Global Culinary Challenge Malaysia kali kedua di NSK Trade City Seremban 2.

Show More

Related Articles

Back to top button