BeritaMenarik

Kelab Teater Negeri Sembilan martabatkan Adat Perpatih

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan yang memartabatkan Adat Perpatih melalui seni pementasan teater.

Aminuddin berkata, walaupun dibarisi pelakon cilik dan hanya diuruskan oleh ibu bapa, kelab ini mampu membawa seni ini ke tahap yang tinggi.

“Pada Sabtu dan Ahad ini, kelab teater ini akan melakukan pementasan yang bertajuk ‘Tanjong’ di Encore, Melaka.

“Dalam pada itu, mereka juga akan melakukan pementasan teater di Istana Budaya pada 9 dan 11 September ini,” kata Aminuddin.

Tanjong memaparkan kisah yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagar Ruyung.

Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu.

Dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan.

Mengikut Adat Perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano, namun Baroq tidak mahu mengikut aturan Adat Perpatih dan ingin terus memegang kuasa.

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam Luak Tanjong.

Kredit foto asal: Harian Metro

Show More

Related Articles

Back to top button