Berita

Kembalikan klien AADK ke pangkuan keluarga dan masyarakat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) meneruskan program i-DEEN bagi melahirkan Ikon Antidadah yang berketerampilan, berkeyakinan, positif dan bermatlamat apabila kembali ke dalam masyarakat.

Beliau berkata, program ini amat besar ertinya sebagai tanda sokongan dan jalinan ukhuwwah antara kita bagi membantu meningkatkan jati diri klien AADK dalam perjuangan menuju kepulihan.

“Hal ini juga memperlihatkan kesungguhan klien dalam melakukan yang terbaik khususnya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada program rawatan dan pemulihan AADK khususnya psikospiritual yang diterjemahkan melalui pertandingan yang disertai mereka.

“Program sebegini mampu menggalakkan penglibatan aktif klien dalam aktiviti kerohanian untuk mengelakkan perkara-perkara negatif seperti penagihan semula dan pelencongan sosial.

“Perkara ini diharap dapat mengujudkan gelombang perubahan dalam diri agar dapat berfungsi dengan produktif, meningkatkan kualiti kehidupan, tidak menjadi beban kepada ahli keluarga dan masyarakat, bermotivasi dan memiliki jati diri yang diterima oleh nilai-nilai dan budaya di persekitarannya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup i-Deen AADK 2022 di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button