Berita

Gunasekaren prihatin keselamatan penduduk Taman Sri Mawar

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat permasalahan yang terdapat di Taman Sri Mawar.

Gunasekaren berkata, terdapat kerosakan ‘retaining wall’ di belakang rumah seorang penduduk di sini.

“Di dapati bahawa ‘retaining wall’ tersebut sudah merekah dan boleh mengancam keselamatan kepada penghuni.

“Kerja-kerja baik pulih akan dilakukan segera sebelum ianya rosak dengan lebih teruk,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button