Berita
Kerajaan Negeri prihatin usahawan OKU Negeri Sembilan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat terhadap usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, golongan OKU juga turut memainkan peranan yang sama dengan anggota masyarakat yang lain demi memajukan ekonomi negara.
“Kekurangan atau kelainan mereka tidak bermakna tiada peranan dalam kemajuan negara kita.
“Oleh itu, kita perlu sentiasa memberi perhatian serta bantuan sekiranya mereka memerlukan pertolongan,” kata Mohamad Rafie.
Mohamad Rafie berkata demikian di Program Pemantapan Kemahiran Survival Usahawan OKU Negeri Sembilan di Hotel Klana Resort, Seremban.