Menarik

Kerajaan Negeri sedia Bantuan Kemasukan IPT

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini bagi memastikan tiada anak-anak Negeri Sembilan yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Bantuan ini menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar tahun pertama yang layak di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan jumlah mengikut tahap pengajian.

“RM1,000 bagi Ijazah Sarjana Muda, RM750 bagi Diploma dan RM500 bagi Sijil.

“Permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN (Pejabat ADUN) atau Pejabat Ahli Parlimen.

“Permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi n9.digital.

“Ayuh sebarkan kepada anak-anak nogori,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button