Berita

Tabung Warisan Nelayan

SEREMBAN: Parti Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Sembilan menawarkan Tabung Warisan Nelayan kepada nelayan laut.

Hal ini bagi memastikan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, waris akan menerima bantuan khas.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selain itu, sektor pertanian juga akan turut dibangunkan supaya menjadi industri yang berupaya menjana ekonomi dan pendapatan.

“Sekali gus dapat meningkatkan keterlibatan masyarakat dengan pengurusan profesional dalam sektor ini.

“Hal ini kerana terdapat pelbagai inisiatif yang dijalankan seperti i-Smart Tani, Muafakat Tani, Siswa Tani, Petani Muda serta usaha membangunkan tanah terbiar,” ujar Aminuddin.

Ini merupakan Teras Keenam iaitu pertanian.

Show More

Related Articles

Back to top button