Berita

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM200 ribu kepada Tadika Islam

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembangunan pendidikan Islam di peringkat pra-sekolah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Zakat MAINS pada 14 Jun lalu, telah meluluskan bantuan one-off RM200,000 kepada 40 Tadika Islam Swasta.

“Setiap 40 Tadika Islam ini akan menerima bantuan one-off RM5,000 yang membabitkan jumlah peruntukan RM200,000.

“Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam memperkasakan pendidikan Islam dari peringkat pra-sekolah.

“Besarlah harapan saya agar negeri ini dapat melahirkan individu yang berjaya dalam bidang akademik termasuk pendidikan Islam, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button