Berita

Kerajaan Negeri Sembilan selesai lantik 394 JPKK

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah selesai melantik sebanyak 394 pengerusi serta 394 setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut termasuk 40 buah kampung baru di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang diselaraskan oleh YB J. Arul Kumar.

“Ia mengambil masa selama sebulan untuk menyelesaikan pelantikan ini.

“Sekaligus menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri mengharmonikan pihak di dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

“Komitmen ini juga menjadi contoh kepada negeri lain dengan melihat bagaimana kita berjaya mencapai kata sepakat dalam perkara ini.

“Dalam pada itu, saya ingin mengingatkan bahawa mereka yang dilantik perlu menolak perbezaan politik demi membangunkan kampung mereka.

“Besar harapan saya supaya mereka yang dilantik ini juga dapat memberikan komitmen dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Sembilan 2023-2025 di Royale Chulan, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button