Berita

Kerajaan Negeri Sembilan siap siaga hadapi banjir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah melakukan persediaan bagi menghadapi banjir.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS) telah menyediakan peralatan serta stesen telemetri sebagai persediaan awal.

“Semua stesen dan peralatan tersebut terhubung dengan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negeri (PRABN).

“Data yang diperolehi membolehkan JPSNS melakukan ramalan serta memberikan amaran awal sekiranya terdapat risiko berlakunya banjir.

“Insya Allah, semoga persediaan yang dilakukan ini dapat memberikan amaran awal kepada rakyat Negeri Sembilan sekiranya banjir berlaku,” kata Aminuddin.

Persediaan tersebut dilakukan kerana ramalan kaji cuaca menjangkakan bahawa taburan hujan yang tinggi di negeri ini berlaku hingga akhir tahun.

Berikut merupakan stesen dan peralatan yang telah disediakan:

i. 64 Stesen Hujan Telemetri

ii. 16 Stesen Air Telemetri

iii. 22 Stesen Siren Amaran Banjir

iv. 10 Kamera Litar Tertutup

Show More

Related Articles

Back to top button